Sunday, January 16, 2011

Anak-anak Tompok



Ini Tompok bersama dengan anaknya yang lahir pada 15/1/11. Tompok akan sentiasa berada dekat dengan anaknya. Jangan sesekali cuba untuk melihat anak dia....sebab Tompok ni garang sikit.

Saturday, January 15, 2011

Arnab-arnab comel



Arnab Woody Toy




Arnab woody toy ini dibeli pada tahun lepas. Namanya Tom. Tom telah ditemukan dengan Qaseh baka anggora. Maka terhasillah 2 ekor arnab yang comel dan cute. Kedua-duanya berwarna hitam seperti ibunya. Baru berusia sebulan setengah. Qaseh sebenarnya melahirkan 3 ekor anak tapi sayangnya seekor telah mati.

Qaseh dan anak-anaknya



Anak-Anak Kiki




Lahir pada 7/1/11. Semuanya 6 ekor. Ini adalah anak pertama Kiki. Semuanya sihat dan comel. Tak sangka pandai Kiki menjaga dan menyusukannya.

Wednesday, July 14, 2010

Arnab Untuk Dijual


Kami ada beberapa baka arnab antaranya:

1. Teddy Bear
2. Anggora
3. Loop
4. Dutch
5. Tempatan

Bermula sebagai hobi.....

Ini adalah perniagaan anak kedua saya Arif. Bermula dengan sepasang arnab, hadiah hari jadi yang ke 10. Kemudian membiak menjadi 7 ekor. Oleh kerana di waktu itu Arif tidak mempunyai model untuk membesarkan perniagaannya dia telah meminta ayahnya untuk menjadi rakan kongsinya dengan memasukkan modal bagi tujuan pengubahsuaian.

Kini telah hampir 4 tahun perniagaan ini dijalankandan buat masa ini Arif telah memasuki sekolah berasrama penuh maka saya telahpun diberi tanggungjawab untuk menjaga arnab-arnabnya.

Kini kami mempunyai hampir 18 ekor induk berbagai jenis dan 8 ekor arnab jantan. Perancangan di masa hadapan untuk menambah lagi bilangan arnab terutama sekali dari baka-baka yang berkualiti.