Wednesday, July 14, 2010

Bermula sebagai hobi.....

Ini adalah perniagaan anak kedua saya Arif. Bermula dengan sepasang arnab, hadiah hari jadi yang ke 10. Kemudian membiak menjadi 7 ekor. Oleh kerana di waktu itu Arif tidak mempunyai model untuk membesarkan perniagaannya dia telah meminta ayahnya untuk menjadi rakan kongsinya dengan memasukkan modal bagi tujuan pengubahsuaian.

Kini telah hampir 4 tahun perniagaan ini dijalankandan buat masa ini Arif telah memasuki sekolah berasrama penuh maka saya telahpun diberi tanggungjawab untuk menjaga arnab-arnabnya.

Kini kami mempunyai hampir 18 ekor induk berbagai jenis dan 8 ekor arnab jantan. Perancangan di masa hadapan untuk menambah lagi bilangan arnab terutama sekali dari baka-baka yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment